“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA” Wallahu a’lam..
- sering mengajak anda keluar berjalan-jalan (buang masa).
- selalu sangat meminta anda belanjanya makan dan shopping ( boleh bankerap!! )
- asyik menghubungi anda siang dan malam ( kalut dibuatnya ).
- ingin mengikut anda kemana sahaja anda pergi (jangan ke tandas sudah).
- selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya ( aku la yang dapat A kalo mcm nie)
- tidak pernah mengingatkan anda untuk bersolat apabila tiba waktunya (ingat sendiri la).
- tidak berminat membincangkan soal pelajaran ( kena cari std grup kot).
- anda sering melihatnya melewatkan solat atau meninggalkan solat terus ( ish2 )
- sering mengelak dari bercakap hal-hal agama ( dah terer kot..)..
HAH!! Skang turn kaum Hawa plak nak mengenali KAum Adam nie...- sering mengganggu dengan menelefon atau SMS ketika anda sedang mengulang kaji.
- sering mengajak anda ke tempat-tempat sunyi.
- cuba mencium anda walaupun anda sering memberi amaran agar menghentikannya.
- suka memegang tangan anda. Kadang-kadang dia berpure-pure tidak sengaja.
- selalu minta tolong siapkan assignment.
- banyak alasan dan tidak ikhlas menolong sekiranya anda memerlukan pertolongan.
- selalu meminta dibelanjakan makan tengahari dan duit top-up ensetnya ( kes pakwe pokai ha.)
- tidak membenarkan anda bersama dengan lelaki lain sekalipun sekadar untuk bertujuan mengulang kaji pelajaran atau study group.
- sering mengajak anda ke tempat-tempat yang tidak elok (maksiat) seperti panggung wayang parti dan yang sama waktu dengannya...
- bercakap isu-isu 18SX dengan anda tanpa sebarang perasaan malu...
- sering menghantar SMS lucah atau gambar tidak senonoh kepada anda.
- tidak berminat berbincang soal pelajaran.
- anda tidak pernah melihatnya menunaikan solat atau bercakap hal-hal agama.





