Sememangnye di dalam Islam, mengingati kematian dan kehidupan selepas mati
itu adalah sebahagian dari "motivation factor" kepada seseorang untuk
menigkatkan keimanan, amal soleh dan mencegah &mengawal diri dari
melakukan
maksiat.
Kita selalu di latih, dimotivasikan, dikursuskan, dibrainwashkan,
dinasehatkan, disarankan, dan ada yang dipaksa untuk buat improvement
untuk
syarikat dan diri kita. dalam masa yang sama juga kita ada membuat
personel
OBJECTIVE dan TARGET dengan SCHEDULE yang lengkap.
Umpamanya;
1)Dari bujang -- kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2)Daru pakai moto kap --- kancil -- wira --- Honda ------- seterusnye..
3)Badminton ----- Golf ----
4)Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6)Tv 14' --- 21" --- 29" ---- Home teather...
7)Sg Tekali --- Port dickson --- langkawi ---- Hadnyai --- bangkok..
8) Dalam semua segi kita nak kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...
8)mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye) ----
laut
dalam (sewa bot mewah)......
TETAPI...
KITA JUGA LUPA...
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH
PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAK KAH
KITA MASUKKAN ITEM ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"
umpamanya"
1)tak sembahyang ---- pastikan sembahyang---jadikan amalan....
2)banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3)Bangi ---- madinah ---- mekah---
4)sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5)sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid....
6)5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7)3 jam baca suratkabar/majallah/internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8)Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA.
Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....
Contohnye:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur ansur........
Kalau dulu tak kenal DANG DUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat
&
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa...
Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku
dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan rakan, DLL.
Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET
dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun...
Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di
manafaatkan... dengan sebaik mungkin..
Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk
mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti...
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di
dunia dan akhirat.
Subject: Saat Saat Kematian
(Tempoh membaca 3 minit)
a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh
dan
malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu
mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan
mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan
akan
sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and
asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi
(di
bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang
akhir
sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya
hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
A.S.
akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak
itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat
terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya
di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka
yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana
orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
kepada
Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin
itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
maut
pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
sedekah
dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim
dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang
mukmin
dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat
maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan
berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki,
maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar
bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata
tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana
takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian
Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada
roh
orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri
roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka
keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut ke
hendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.
p/s: Kalau rajin.Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang
lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati
Suntikan Vaksin Pertama
3 years ago