~JUst Another kHai~

SESEORANG YANG MENCARI KEREDHAAN TUHAN... MENCARI sakinah,mawaddah,warahmah.... MENGEJAR KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT...


Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa



Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya." Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat.

Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from e-Fuse)

Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.'

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Blogroll

Consectetuer

Popular

New Templates

Powered By Blogger

Comments

Link List

Recent Comments

Popular

About Me

My Photo
want to be a better man..

About Me

My Photo
want to be a better man..

KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN ADA DI MANA-MANA...

Kebahagiaan dan ketenangan ada di mana-mana. Ujian Allah S.W.T datang dalam pelbagai bentuk. Setiap yang pahit ada manisnya, Allah S.W.T lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Musibah itu petanda kasih sayang Allah S.W.T. Berhenti dari bertuhankan dunia,jangan letakkan kebahagiaan kepada kebendaan. Lihat Allah S.W.T dalam setiap perkara, tiada ketakutan bagi yang mentaati-Nya. Cukuplah Allah S.W.T tempat kita bergantung. Usah hairan kesenangan orang lain, jangan lekas putus asa, mencari kedamaian di dunia yang bergelora..........

TENTANG DIRIKU.....


hanya hamba ALLAH yang merantau di dunia ini.....

kemaafan ku pohon...

kemaafan ku pohon...

demi masa...

sahabat2

biar kalam berbicara...


ShoutMix chat widget

i'm start from zero..