Makwe anda BELUM benar-benar mencintai ANDA jika...:
- sering mengajak anda keluar berjalan-jalan (buang masa).
- selalu sangat meminta anda belanjanya makan dan shopping ( boleh bankerap!! )
- asyik menghubungi anda siang dan malam ( kalut dibuatnya ).
- ingin mengikut anda kemana sahaja anda pergi (jangan ke tandas sudah).
- selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya ( aku la yang dapat A kalo mcm nie)
- tidak pernah mengingatkan anda untuk bersolat apabila tiba waktunya (ingat sendiri la).
- tidak berminat membincangkan soal pelajaran ( kena cari std grup kot).
- anda sering melihatnya melewatkan solat atau meninggalkan solat terus ( ish2 )
- sering mengelak dari bercakap hal-hal agama ( dah terer kot..)..
tepuk dada tanya iman....
HAH!! Skang turn kaum Hawa plak nak mengenali KAum Adam nie...
Pakwe ANda BELUM Benar-Benar Mencintai ANDA jika:
- sering mengganggu dengan menelefon atau SMS ketika anda sedang mengulang kaji.
- sering mengajak anda ke tempat-tempat sunyi.
- cuba mencium anda walaupun anda sering memberi amaran agar menghentikannya.
- suka memegang tangan anda. Kadang-kadang dia berpure-pure tidak sengaja.
- selalu minta tolong siapkan assignment.
- banyak alasan dan tidak ikhlas menolong sekiranya anda memerlukan pertolongan.
- selalu meminta dibelanjakan makan tengahari dan duit top-up ensetnya ( kes pakwe pokai ha.)
- tidak membenarkan anda bersama dengan lelaki lain sekalipun sekadar untuk bertujuan mengulang kaji pelajaran atau study group.
- sering mengajak anda ke tempat-tempat yang tidak elok (maksiat) seperti panggung wayang parti dan yang sama waktu dengannya...
- bercakap isu-isu 18SX dengan anda tanpa sebarang perasaan malu...
- sering menghantar SMS lucah atau gambar tidak senonoh kepada anda.
- tidak berminat berbincang soal pelajaran.
- anda tidak pernah melihatnya menunaikan solat atau bercakap hal-hal agama.
MAKNANYa: Jika beginilah ciri-ciri yang terdapat pada pakwe anda, jangan segan-segan untuk memutuskan hubungan dengan segera.Jelaslah bahawa dia TIDAK JUJUR mencintai anda dan kasihnya hanya bertunjangkan nafsu serakah semata-mata. Dia tidak mengambil berat tentang pelajaran dan masa depan anda. Tidak layak menjadi ketua keluarga yang sepatutnya memimpin anda dan anak-anak (kalo bercadang nak kawin la ). Jika hubungan seperti ini di teruskan, bukan sahaja anda akan keciciran dalam pelajaran, malah MARUAH dan KESUCIAN anda juga mungkin TERGUGAT....