Pada Malam Lailatulqadar, Allah Taala menyuruh akan Jibril as turun ke bumi
Lalu turunlah Jibril ke dalam perhimpunan Malaikat ke bumi bersama bendera
hijau lalu dipacakkan di atas Ka’abah. Sayapnya 600, setengahnya tiada
dibuka kedua-duanya, melainkan pada malam Lailatulqadar baharu dibukakan
kedua-duanya sehingga sampai dari timu ke barat ( masyriq ke maghrib ) untuk
menyelamatkan umat Muhammad saw .
Ia memberi salam kepada tiap orang
yang berjaga pada malam Lailatulqadar beribadat kerana mencari keredhaan
Allah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesame orang
mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hinga terbit fajar subah .
Para Malaikat berkata kepada Jibril, apakah Allah menunaikan hajat orang mukmin dari umat Nabi Muhammad saw pada bulan Ramadhan ini ?
Jawab Jibril : Bahawasanya Allah menilik kepada umat Nabi Muhammad saw yang berpuasa dan beribadat kepadaNya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya, iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibu bapanya, orang yang memutuskan silaturahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih daripada 3 hari .